Search

*[Edisi Khas - Perspektif Bersama Bro Firdaus Wong...

  • Share this:

*[Edisi Khas - Perspektif Bersama Bro Firdaus Wong]*
.
Rimbun tumbuh si pohon buluh,
Tinggi lagi si pohon duku,
Sudah terang lagi bersuluh,
Tapi hati tetap kaku.
.
Mudik ke hulu mencari ikan,
Dapat haruan pikul ke bahu,
Disuruh makan, dia makan,
Disuruh terjun pun dia mahu.
.
Buah langsat diatas peti,
Duku ranum di atas para,
Bila tertutup pintu hati,
Barang yang salah tidak dikira.
.
Dagang rempah dari Jawa,
Jual nasi di Batu Pahat,
Bila taasub kuasai jiwa,
Hati diisi dengan kesumat.
.
Jamu pahit mesti ditelan,
Baru cantik seperti ratu,
Moga Tuhan tunjukkan jalan,
Lembutkan hati yang membatu.
.
InshaAllah program “Edisi Khas - Perspektif Bersama Bro Firdaus Wong” pada kali ini akan membawakan kepada para penonton semua, seorang panel jemputan yang dihormati iaitu Yang Berhormat Dato' Murshid Diraja Dr. Juanda Jaya, Bekas Mufti Negeri Perlis bagi membincangkan satu topik penting iaitu; "Hilang Rasional Kerana Taasub".
.
Saksikanlah “Edisi Khas - Perspektif Bersama Bro Firdaus Wong” pada malam ini; Selasa, 7 September 2021, bermula pada jam 9.15 malam di semua laman Facebook rasmi Bro Firdaus Wong, InshaAllah.
.
Ayuh, mari jemput ahli keluarga kita, kawan-kawan dan sanak saudara untuk menonton dan memperolehi kebaikan bersama.
.
- Admin.
.
#PerspektifBersamaBroFirdausWong
#HilangRasionalKeranaTaasub


Tags:

About author
not provided